Saturday, February 04, 2006

Pernah ke rase putus asa untuk bercinta lagi?

Pernahkah kamu merasakan
bahawa kamu mencintai seseorang
meski kamu tahu
cintamu mungkin tak terbalas
tapi
kamu tetap mencintainya

Pernahkah kamu merasakan
bahawa kau sanggup melakukan apa saja
demi seseorang yang kamu cintai
meski kamu tahu ia takkan pernah peduli

Pernahkah kamu merasakan
hebatnya cinta
tersenyum kala terluka
menangis kala bahagia
bersedih kala bersama
tertawa kala berpisah

Jangan kau berduka..
Tuhan pasti telah menyiapkan cinta yang lain
untukmu
kerna cinta memang ada dalam jiwa bukan dalam raga
semua orang pasti pernah merasakan cinta
orang tua...
sahabat....
kekasih...
dan akhirnya pasangan hidup.....

Buat temanku yang sedang terluka kerana cinta
keadaan itu tidak untuk selamanya
bersabarlah dan berdoalah
kerana cinta yang lain
akan datang dan menghampirimu

Buat temanku yang tidak percaya akan cinta
buka hatimu
jangan menutup mata akan keindahan dunia
maka cinta akan membuat hidupmu
menjadi bahagia..
amin.......

No comments: